Berpuasa di bulan Ramadan memberi cabaran tersendiri buat Muslimah kerana perlu mengimbangi ibadah, kesihatan diri serta tanggungjawab harian.
Berikut beberapa tips praktikal supaya puasa lebih bertenaga dan bermakna:
Jangan tinggal sahur
Sahur membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari.
Cadangan menu:
•Karbohidrat kompleks (oat, roti gandum, nasi)
•Protein (telur, ayam, kekacang)
•Buah dan sayur untuk serat dan vitamin
Kekalkan hidrasi yang cukup
•Minum air secukupnya antara waktu berbuka dan sahur.
•Sasarkan enam hingga lapan gelas air dan kurangkan minuman berkafein kerana boleh menyebabkan dehidrasi.
Jaga tenaga ketika haid
Wanita yang tidak berpuasa ketika haid masih boleh:
•Membaca al-Quran terjemahan
•Berzikir dan berdoa
•Mendengar tazkirah atau ceramah agama
•Bersedekah dan membantu menyediakan juadah berbuka
Berbuka secara sederhana
Mulakan dengan kurma dan air, kemudian makanan ringan sebelum hidangan utama.
Elakkan:
•Makanan terlalu berminyak
• Makan berlebihan
• Minuman terlalu manis
Rehat mencukupi
Kurang tidur boleh menyebabkan keletihan dan emosi tidak stabil.
• Tidur awal jika boleh
• Power nap 15–20 minit pada siang hari
Kawal emosi dan stres
Perubahan hormon dan keletihan boleh mempengaruhi emosi.
• Banyakkan zikir untuk ketenangan jiwa
• Terus aktif secara ringan
Aktiviti ringan membantu kekal cergas:
•Berjalan santai
•Regangan ringan
•Kerja rumah sederhana
Perhatian untuk ibu hamil dan menyusu
Jika berasa lemah, pening atau susu berkurang:
•Rujuk doktor
•Islam memberi keringanan untuk berbuka demi kesihatan ibu dan bayi.-Muslimah