Syarikat produk tenusu terkemuka Jepun, Morinaga Milk Industry Co., Ltd. (Morinaga) secara rasmi melancarkan Mori-Mama, produk susu ibu hamil terbaharu yang direka khusus untuk menyokong keperluan nutrisi wanita bermula daripada fasa sebelum kehamilan sehingga tempoh penyusuan.
Pelancaran itu sebagai langkah proaktif syarikat berkenaan mendepani cabaran kesihatan ibu mengandung di negara ini, khususnya masalah anemia atau kekurangan darah merah.
Menurut data Bank Dunia pada tahun 2023, dianggarkan sebanyak 28.8 peratus wanita hamil di Malaysia terkesan dengan masalah anemia, malah beberapa kajian menunjukkan prevalens itu boleh mencecah sehingga 50 peratus mengikut keadaan individu.
Anemia memberi kesan kepada kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan jika tidak dirawat dengan baik.
Ketika hamil, tubuh memerlukan lebih banyak darah bagi menyokong perkembangan bayi. Keadaan itu menyebabkan wanita hamil lebih berisiko mengalami kekurangan zat besi, yang menjadi punca utama anemia.
Antara simptom yang sering dialami ialah cepat penat, lemah badan, pening kepala, pucat dan sesak nafas. Ada juga ibu hamil yang mengalami jantung berdebar serta sukar memberi tumpuan dalam rutin harian.
Anemia semasa kehamilan boleh memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan janin yang berpotensi membawa kepada penurunan berat badan lahir disebabkan pengurangan bekalan oksigen kepada janin, kelahiran pramatang dan komplikasi semasa kehamilan.
Pengarah Urusan OZ Marketing, Brenda Liew berkata, pengenalan Mori-Mama mencerminkan anjakan besar dalam sains pemakanan ibu yang kini tidak lagi hanya tertumpu kepada jumlah pengambilan nutrien semata-mata, tetapi lebih kepada keberkesanan penyerapan oleh badan.
“Pemakanan ibu hari ini dilihat menerusi lensa yang lebih holistik dengan kesedaran lebih tinggi terhadap bagaimana badan bertindak balas terhadap apa yang dimakan.
“Ini membentuk cara penyelesaian nutrisi dibangunkan dengan tumpuan yang lebih kuat terhadap aspek penyerapan, toleransi dan kesejahteraan keseluruhan,” katanya.
Berbanding produk pasaran yang sering membahagikan sokongan mengikut peringkat kehamilan, Mori-Mama tampil dengan satu formulasi berterusan.
“Ini bagi memenuhi keperluan wanita yang mahukan pendekatan nutrisi yang lebih ringkas dan praktikal tanpa perlu menukar produk di setiap fasa.
“Antara keunggulan Mori-Mama adalah gabungan bahan fungsian unik termasuk Laktoferin dan Adunan Sinbiotik.
“Penggunaan Laktoferin dalam produk ini juga bertujuan menangani masalah ketidakselesaan yang sering dialami oleh sesetengah wanita apabila mengambil suplemen zat besi konvensional,” katanya.-Muslimah