Nak belajar hal agama di media sosial? Ini 5 Ustazah anda boleh ikuti

Jika anda mahu menambah ilmu tentang kekeluargaan, wanita, rumah tangga dan motivasi Islamik, berikut 5 ustazah popular yang aktif di media sosial dan sering menjadi rujukan ramai wanita di Malaysia.

1. Ustazah Asma’ Harun

Ustazah Asma’ Harun.

Antara figura dakwah wanita paling dikenali di Malaysia. Beliau aktif berkongsi penjelasan hukum, isu semasa dan nasihat rumah tangga melalui Facebook dan Instagram.

Gaya penyampaiannya tegas, berfakta dan mudah difahami. Sesuai untuk Muslimah yang mahu kefahaman jelas tentang isu viral dan hukum semasa.

2. Ustazah Norhafizah Musa

Datuk Dr. Norhafizah Musa Dikenali dengan penyampaian lembut dan menyentuh hati, beliau banyak berkongsi tentang hubungan suami isteri dan pembinaan jiwa wanita.

Potongan ceramah beliau sering tular di TikTok kerana mesejnya yang mendalam dan dekat dengan kehidupan wanita hari ini.

3. Ustazah Isfadiah Mohd. Dasuki

Terkenal dengan pendekatan motivasi dan psikologi Islamik. Banyak membincangkan tentang peranan isteri, komunikasi rumah tangga dan pembangunan diri wanita.

Beliau juga sering muncul dalam program televisyen dan forum kekeluargaan.

4. Ustazah Azila Shamsudian

Pendakwah bebas yang aktif memberi nasihat dan pandangan-pandangan berkaitan Muslimah menurut perspektif Islam di Facebook.

Setiap perkongsiannya sangat bersahaja dan mudah difahami.

5. Ustazah Asmak Husin

Beliau aktif berkongsikan pengisian Ramadan di Facebook. Selain itu, beliau juga banyak mengulas mengenai rumah tangga, suami isteri serta menjadi Muslim yang taat.-Muslimah