Setiap kali Ramadan dan Syawal menghampiri, trend fesyen pastinya menjadi perhatian ramai, terutamanya bagi Muslimah yang ingin tampil anggun dan sopan namun tetap menawan.
Tahun 2026 dijangka membawa warna-warna hangat yang segar seperti teal blue dan strawberry matcha menjadi pilihan utama.
Teal blue memancarkan aura elegan, menenangkan namun tetap menonjol di khalayak. Warna ini sangat versatil, sesuai digayakan dalam fabrik satin, sifon atau renda sama ada untuk baju kurung, kebaya moden atau jubah longgar.
Bagi Muslimah yang ingin tampil klasik namun berkarisma, teal blue dijangka menjadi pilihan utama kerana kesannya yang menonjol tetapi tetap mengekalkan kesopanan.
Sementara itu, strawberry matcha muncul sebagai warna yang lebih playful namun sofistikated.
Gabungan rona merah jambu lembut dengan sedikit hijau pastel ini memberi efek manis dan segar, sesuai untuk Muslimah muda atau sesiapa yang ingin menonjolkan aura feminin yang lembut tetapi tidak terlalu kanak-kanak.
Tahun ini, warna ini dijangka digayakan dalam corak floral, sulaman halus atau kombinasi rekaan tampal yang unik untuk menambah dimensi pada baju raya.
Selain warna, gaya juga menjadi faktor utama. Gaya minimalis tetapi elegan dijangka mendominasi fesyen lebaran tahun ini.
Potongan baju kurung yang lebih longgar dengan potongan moden, jubah yang beralun serta kombinasi fabrik lembut dan jatuh menjadi pilihan ramai.
Muslimah juga semakin gemar suai padan antara warna solid dan corak minimalis, misalnya teal blue dengan aksesori emas lembut atau strawberry matcha dengan lace overlay yang romantik.
Perincian dan aksen turut menjadi perhatian. Manik, sulaman halus atau renda yang dipadankan secara minimalis akan terus menjadi trend, menggantikan corak terlalu sarat yang pernah popular sebelum ini.
Keselesaan tetap menjadi faktor penting kerana Muslimah moden mahukan baju raya yang praktikal untuk aktiviti rumah terbuka tetapi tetap tampak mewah dan berkelas.
Kesimpulannya, kombinasi teal blue dan strawberry matcha dijangka menjadi warna hangat 2026, manakala gaya longgar, flowy dan minimalis akan mendominasi fesyen Muslimah tahun ini.
Para selebriti dan pempengaruh turut meramalkan warna-warna ini bakal mencuri perhatian tahun ini.
Mari kita intai reaksi dan komen mereka.-Muslimah
@muslimah.com.my Jom kita tengok prediction warna baju raya yang akan trending tahun ini! #Trending #Muslimah #Raya ♬ original sound – Muslimah.com.my