Hijab merupakan elemen penting dalam penampilan wanita Muslimah, bukan sekadar menutup aurat tetapi juga melengkapkan gaya harian.
Bagi wanita yang sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti, memiliki hijab yang mudah dipadankan dengan apa sahaja pakaian adalah satu kelebihan.
Kadangkala, hijab yang bersifat subtle atau sederhana adalah pilihan terbaik, terutama untuk penggunaan harian dan pelbagai acara.
Koleksi Monogram daripada jenama tempatan, Lima Segi ini antara yang boleh dipertimbangkan.
Koleksi ini hadir dalam dua pilihan hijab iaitu bawal dan selendang, memenuhi keperluan gayamu sama ada dirimu lebih gemar penampilan klasik bawal atau gaya moden selendang beralun.
Koleksi ini pasti mencuri hatimu dengan corak minimal Monogram serta pilihan pelbagai warna.
Warna-warna seperti nude, pastel hingga ke tona gelap menawarkan kebebasan menyesuaikan hijab dengan pelbagai gaya pakaian.
Material utama dalam koleksi ini ialah High Quality Cotton Voile.
Material ini terkenal dengan tekstur yang ringan, lembut dan ‘bernafas’, memberikan rasa selesa sepanjang hari, terutamanya dalam cuaca panas.
Selain itu, material ini juga mempunyai struktur yang cukup kukuh untuk mengekalkan bentuk hijab, menjadikannya senang dibentuk sama ada dirimu memilih gaya bawal atau selendang.
Bagi wanita yang sering bergerak, hijab cotton voile ini pilihan ideal kerana ia tidak mudah berkedut dan kekal kemas walaupun dipakai sepanjang hari.
Bagi wanita bertubuh langsing, hijab dalam warna-warna terang atau pastel seperti mint green, baby blue atau dusty pink boleh memberikan ilusi wajah lebih penuh.
Gaya selendang dengan lilitan longgar di bahagian bahu akan menambah sedikit volume pada keseluruhan penampilan.
Wanita bertubuh petite boleh memilih hijab dalam warna-warna neutral seperti beige atau nude untuk mencipta ilusi ketinggian.
Gaya bawal yang dilipat kemas di bawah dagu tanpa terlalu banyak lapisan dapat membantu menyerlahkan leher, memberikan penampilan yang lebih memanjang.
Bagi wanita bertubuh curvy, hijab dalam rona warna gelap seperti biru diraja, merah gelap atau hitam boleh memberikan kesan langsing.
Gaya selendang yang dililit kemas di sekitar muka dengan hujung hijab dibiarkan jatuh longgar akan memberikan keseimbangan pada keseluruhan penampilan.
Salah satu daya tarikan Koleksi Monogram ialah kebolehannya untuk dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian.
Sama ada dirimu memilih untuk bergaya kasual dengan jeans dan blaus atau tampil lebih formal dengan blazer, hijab ini mampu melengkapkan penampilanmu tanpa perlu berfikir panjang.
Tambahan pula, corak monogram yang minimal tetapi eksklusif menjadikannya sesuai untuk dipakai ke acara formal atau sekadar keluar minum petang bersama rakan-rakan.
Jadi, warna mana yang bakal mencuri hatimu? Apa jua pilihanmu, pastikan Koleksi Monogram ini menjadi pelengkap gaya harianmu.
Ia pasti menjadi kegemaran setiap wanita dek material yang selesa dan rekaan yang menawan,
Selamat bergaya.-Muslimah
Jenama: Lima Segi
Koleksi: Monogram
Laman Sesawang: https://www.limasegi.com/
Instagram: @lima.segi