Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia

Anak sulung kepada pelakon, Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir pada malam Isnin akibat kanser paru-paru.

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh Amyza melalui laman Instagram.

“Assalammualaikum dengan dukacita anak saya Andre Mikhail bin Khairil Izhar telah pulang ke negeri yang abadi, minta semua sedekahkan al-Fatihah kepada anak saya,” tulisnya di Instagram story (IGs).

Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga sejak Februari tahun lalu sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini untuk menerima rawatan.

Sejak semalam, pelakon drama Andai Tiada Dia itu merayu kepada sesiapa sahaja yang memiliki kepakaran perubatan alternatif untuk membantu anaknya itu yang difahamkan sedang berada dalam keadaan kritikal.-Muslimah