Sentuhan mewah penuh gaya

Ini aku dan aku cukup

Sudah hampir lima tahun saya mengikuti perjalanan Caftanist dari jauh.

Jujur, setiap kali mereka meluncurkan koleksi baharu saya rasa seperti melihat evolusi rekaan yang semakin matang.

Daripada potongan longgar yang sofistikated hingga perincian renda yang semakin halus, semuanya berkembang mengikut jiwa wanita Malaysia.

Feminin dan kuat dalam masa yang sama.

Setiap koleksi terasa seperti surat cinta yang dijahit dengan teliti, meraikan sisi lembut yang selalu dihargai.

Koleksi Raia sekali lagi membuktikan Caftanist  memang faham cara membuatkan wanita tersenyum di depan cermin.

Raia Kurung hadir dengan rona warna Vanilla Cream, Rich Mocha, Silver Greige, Ash Blue, Sage Pandan dan Cotton Candy yang masing-masing seperti mood board berbeza untuk hari-hari anda.

Rona Ash Blue membisikkan ketenangan yang penuh keyakinan. Sage Pandan pula membawa kelembutan manis yang halus, macam aroma pandan yang muncul bila kita buat kuih seri muka.

Cotton Candy lembut dan romantik, seolah-olah membalut anda dengan aura manis yang matang.

Renda trim yang halus dan kerongsang manik yang tetap menaikkan lagi rasa mewah tanpa mengganggu keselesaan.

Ia adalah rekaan yang tidak perlu ‘menjerit’ untuk menunjukkan keanggunan. Ia  hanya wujud dan semua orang nampak.

Bagi peminat sentuhan mewah, Raia Embellished Lace Kurung Set dalam Cotton Candy memang memukau.

Merah jambu lembutnya bukan sekadar comel, tetapi sofistikated, elegan dan versatil.

Renda bunga dan manik buatan tangan menambah tekstur yang memanjakan mata, manakala lapik penuh rayon memastikan keselesaan walau dipakai seharian.

Bagi saya, Vanilla Cream ialah pilihan untuk yang mahukan gaya bersih dan natural.

Ia ibarat cahaya pagi yang lembut. Padankan dengan hijab rona emas lembut, taupe atau ivory untuk tampilan yang elegan tanpa usaha.

Rich Mocha ini ibarat secawan kopi premium. Menonjol, halus dan penuh karakter.

Hijab rona espresso, karamel atau nude gelap sangat sesuai untuk mengekalkan gaya mewahnya.

Silver Greige memberi sentuhan elegan yang sedikit futuristik. Warna ini moden, tenang dan sangat versatil.

Padankan dengan hijab kelabu metalik, biru kelabu atau dusty silver untuk efek kemas tetapi tetap feminin.

Versi baharu Raia ini kekal dengan DNA asalnya.

Renda penuh, potongan longgar, lapik lembut dan perincian sulaman yang disusun rapi.

Ia merupakan kurung yang sesuai digayakan daripada majlis formal hingga ke acara santai atau kasual, bergantung pada aksesori dan hijab yang anda pilih.

Pakai flats pun nampak chic, pakai kasut tumit tinggi terus rasa macam bintang di permaidani merah mini.

Bagi penggayaan, hijab satin akan mengangkat elemen renda dengan kilauan lembut.

Bagi yang suka gaya minimal, selendang sifon dalam ton natural pun sangat serasi.

Tambah subang kecil atau cincin halus sebagai sentuhan akhir. Tidak perlu berlebih, sebab Raia sudah cukup menyerlah.

Koleksi Raia ini mengingatkan kita, feminin bukan bermaksud lemah tetapi yakin.

Wanita Malaysia, seperti selalu terus membuktikan keanggunan hadir dalam banyak wajah.

Mungkin itulah kuasa sebenar koleksi ini. Ia tidak cuba mengubah anda.

Ia hanya menyerlahkan cahaya yang sudah pun ada. Cahaya yang anda kadang-kadang dilupa kerana sibuk menjaga dunia.

Bersama Raia, anda tidak hanya melengkapkan gaya. Anda memberi ruang untuk hati berkata,

“Ini aku dan aku cukup.”